PROJECT 6 WEEK 13 & 14

Pd minggu ini pula,,,kami diberi tugasan yang baru diperkenalkan iaitu SPSS. Program ini amat memudahkan untuk mengetahui jumlah sebenar untuk sesuatu soal selidik yang telah dijalankan. Dengan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Dr rosseni,,akhirnya sy berjaya untuk melaksanakan tugasan yang telah diberikan walaupun ini merupakan kali pertama mempelajarinya. terima kasih atas tunjuk ajar yang telah diberikan.

Advertisements

PROJECT 5: WEEK 11

Pd minggu kali ini,,,kami masih lagi belajar mengenai MS Access, tetapi pada kali ini kami diberi tunjuk ajar untuk membuat querry melalui hasil kesinambungan pada miggu yang lalu. Mula-mula mempelajari untuk membuat querry adalah amat memeningkan kerana ia mempunyai banyak kaitan maklumat. Dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh cik aidah, saya dapat membuatnya serba sedikit.

PROJECT 5 : WEEK 9

Pd minggu kali ini pula, kami diberi tunjuk ajar untuk menggunakan MS access. Sebelum ini sy langsung tidak pernah menggunakannye. Pertama kali menggunakannya agk ssh untuk difahami. Banyak perkara yang dilakukan asyik salah ajer. contohnye, maklumat tidak dapat dimasukkan dengan baik. pengalaman untuk menyiapkan tugasan ini begitu mencabar.

PROJECT 4 : WEEK 7 & 8

Pd minggu kali ini,,kami diberi tugasan untuk membuat power point. tugasan ini adalah secara berindividu. Pd saya,tugasan kali ini yang paling mencabar adalah untuk memasukkan video ke dalam power point. Sebelum ini, sy hanya pernah membuat power point biase tanpa video,,hanya gambar. Tp melalui ini, sy dapat belajarnye.

Nuclear fusion

PROJECT 3: WEEK 5 & 6

BROCHURE DAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Tugasan minggu ini pula seolah-olah bersambung dari minggu lepas. Kami perlu membuat brochure berkaitan dengan bagaimana untuk mencari maklumat yang kami dapat minggu lepas. Daripada tugasan ini, kami dapat mengetahui cara-cara untuk membuat brochure samada lipat dua, lipat tiga dan sebagainya. Seterusnya, kami juga dapat mengetahui bagaimana untuk ‘cut’  maklumat dari internet dan ‘paste’ kn pada brochure.

PROJECT 2: WEEK 3 & 4

KOD, ENJIN, PENILAIAN DAN PANGKALAN DATA

Pada minggu ini, kami diberi tugasan dalam kumpulan untuk mencari maklumat di dalam laman web perpustakaan. Tajuk tugasan yang kami peroleh ialah “developing knowledge”. Kami perlu mencari tugasan ini di portal perpustakaan ukm di pautan pendidikan.Kami mencari maklumat yang berkaitan dengan concept middleton yang menerangkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Kami hanya diberi masa 1 hari untuk menyiapkan tugasan ini dan harus mengemelkan dengan segera. Tugasan minggu ini tidaklah begitu membebankan kerana dilakukan dilalukan di dalam kumpulan dan ianya memberikan impak yang berguna untuk kami menggunakan pada masa datang terutama untuk memasuki perpustakaan ukm.

PROJECT 1: WEEK 1 & 2

PENGENALAN & PENDAFTARAN APLIKASI

Terlebih dahulu syukur ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun tugasan ini begitu susah buat saya kerana pertama kali menghadapinya. Melalui tugasan ini,sy dapat belajar bagaimana untuk belajar ict dengan lebih mendalam. Sebelum ini saya hanya tahu serba sedikit, tetapi melalui tugasan ini, banyak maklumat yang diperolehi.

PROJECT 2: ASSIGNMENT WEEK 3 AND 4

 Assignment week 3

NOTES SUMMARY : GE1155

1.Kaedah pembelajaran subjek komputer terbahagi kepada dua :

  • Kaedah perantis (pendekatan konstuktivisme) iaitu membina laman web secara berkumpulan.
  • Kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku) iaitu melalui penerangan langkah demi langkah.

     

2.Pendekatan konstruktivisme mementingkan 3 aspek :

  • Pemahaman.
  • Berpusatkan pelajar.
  • Berpegang kepada fahaman yang menganggap pelajar yang aktif dan guru sebagai pemudah cara/pemandu.

3.Teori pembelajaran konstruktivisme terbahagi kepada:

  • Teori perantisan kognitif

-secara sederhana.

-dimulakan dengan sesi demonstrasi.

  • Konstruktivisme radikal (paling ekstrem).
  • Pengajaran berasaskan penyelesaian masalah.
  • Konstruktivisme sosial.
  • Manusia belajar lebih baik dengan membina  pengetahuan secara aktif.

4.Cara pelajar belajar berasaskan prinsip-prinsip konstruktivisme iaitu:

  • Guru harus mengaitkan pengalaman lepas pelajar dalam semua proses pembelajaran.
  • Guru patut menekankan pemikiran pada aras yang tinggi/ pemikiran untuk penyelesaian masalah.
  • Pelajar dibenarkan menggunakan peluang untuk menonjolkan kreativiti mereka.
  • Kelas dianggap sebagai tempat untuk menggalakkan pelajar bekerja secara berkumpulan dalam menyelesaikan masalah.

5.Terdapat beberapa langkah pengajaran kaedah perantis:

  • Guru berbincang dengan pelajar untuk mendapatkan maklum balas dalam penggunaan komputer dan mengaitkan pengajaran hari itu.
  • Guru menunjukkan contoh-contoh sebenar laman web.
  • Pelajar dibahagikan kumpulan. Digalakkan belajar secara koperatif dan kolaboratif.
  • Guru meminta pelajar membina laman web berkaitan pelajaran.
  • Guru memberi demonstrasi untuk memperkenalkan Microsoft Frontpage.
  • Guru memantau aktiviti pembinaan laman web dan menegaskan pentingnya kerjasama dalam menyiapkan tugasan.
  • Ujian bertulis diadakan pada akhir sesi pengajaran dan pelajar diminta membuat refleksi.

 

Assignment week 4

 

        i.             Nama pengarang: Robiah sidin dan Nor sakinah mohamad

 

      ii.            Tahun terbitan: 2007

 

    iii.            Tajuk jurnal: ICT dalam pendidikan –prospek dan cabaran dalam pembaharuan  pedagogi

Refleksi

Bersyukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana akhirnye saya sudah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Sesungguhnye tugasan ini begitu mencabar buat saya untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Saya berharap agar segala info yang telah dicari adalah tepat.